Sunday, 10 February 2013

My Tabby~! :3

      Bismillahhirahmanirrahim...
Post kali ni saya nak kongsikan sedikit maklumat tentang Wacoom Bamboo CTH-470/K yang baru sahaja saya beli (p/s: dkat Kedah mmg xder jual). Jadi kat bawah ni gambar2 yang saya snap,Jom tengok~! 



Nie dia (kotak) Wacoom Bamboo CTH-470

Saiz kotak die mmg besar,mmg malu gila aku bawak
benda ni smbil jln2 dkat Alor Setar

Ni baru Wacoom Bamboo :3

Disertai dgn cd Photoshop Element 9
ngan cd installer

Nilah pen bamboo yg korang akan gunakan
untuk lukis atas papan tu

Pergh~!!! Nipis~!!!

+ Ringan (aku boleh angkat guna 3 jari kot)

korang boleh beli aksessori kit untuk wireless yg dijual berasingan

dan yang paling ak suka kaler belakang dia LimeGreen~!

JOM~!!!
buang semua kertas,pensel,pen ngan pemadam!!!!
GUNA WACOOM BAMBOO~!!!







Wednesday, 21 November 2012

Geng Ukhwah's Character

      Sollu ala nabi....
Dah lama saya tak update blog ni... Asyik sibuk dengan melukis komik untuk majalah D.I. Saya tak nak cakap panjang cuma nak perkenalkan karakter bagi komik strip saya iaitu Geng Ukhwah~! XD

Memperkenalkan....



Zikri

Iman


Akim

Kerol

Kimi

Mizi

Apit @ Hafiz

 
Kalau berminat nak baca komik Geng Ukhwah ni, boleh dapatkannya di page FB Dakwah Islami~!

Wassalam... :D





Friday, 3 August 2012

Story Of Satan

     Perkenalkan watak baru ana dalam komik baru ana  ( semua baru aih~! )....


( Story Of Satan )

  Ada orang cakap watak Syaitan dekat atas ni comel... ( ish,takkanlah! ) Jadi apa pendapat antum semua???

Thursday, 31 May 2012

Citer Santai





kisah ulama dan pramugari

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu
kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....

~Santai2....^^~