Wednesday 21 November 2012

Geng Ukhwah's Character

      Sollu ala nabi....
Dah lama saya tak update blog ni... Asyik sibuk dengan melukis komik untuk majalah D.I. Saya tak nak cakap panjang cuma nak perkenalkan karakter bagi komik strip saya iaitu Geng Ukhwah~! XD

Memperkenalkan....



Zikri

Iman


Akim

Kerol

Kimi

Mizi

Apit @ Hafiz

 
Kalau berminat nak baca komik Geng Ukhwah ni, boleh dapatkannya di page FB Dakwah Islami~!

Wassalam... :D





Friday 3 August 2012

Story Of Satan

     Perkenalkan watak baru ana dalam komik baru ana  ( semua baru aih~! )....


( Story Of Satan )

  Ada orang cakap watak Syaitan dekat atas ni comel... ( ish,takkanlah! ) Jadi apa pendapat antum semua???

Thursday 31 May 2012

Citer Santai





kisah ulama dan pramugari

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu
kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....

~Santai2....^^~

Friday 13 April 2012

Jeng.... Jeng.... Jeng....

Bismillahhirahmanirrahim.....




Ana di sini ada berita gembira untuk kalian semua....







Project kedua ana....








Mempersembahkan....





Mereka yang berminat untuk memilikinya boleh klik di sini -----> http://www.facebook.com/photo.php?fbid=347779348612387&set=a.254327727957550.63532.254318134625176&type=1&theater


Sekian... Wassalam

Thursday 29 March 2012

1 - Melukis Chibi Muslim

Bismillahhirrahmanirrahim...

Alhamdulillah , kali ni ana nak ' share ' sikit ilmu-ilmu melukis yang ana ada... Moga-moga ilmu ini bermanfaat untuk anda semua... ^__^ 


( p/s : Ni salah satu kandungan Majalah Dakwah Islami~! )

Friday 9 March 2012

Hah!!! Non-Muslim Pun Beli Jugak !?

      Post kali ni ana nak cerita sikit tentang satu kisah, bila ana dengar memang ana terkejut . Ana tak tahu la apa respon anda semua bila baca cerita ni.

*********************

      Minggu lepas ana ada suruh Junior ana survey siapa yang nak tempah majalah yang akan ana buat ( insyaallah ). Ana memang sibuk sangat minggu lepas dengan imtihan dengan kelab pengakap.... Lahaulawalaquwwataillabillah....

      Ni cover untuk majalah yang dalam proses pembikinan ( tunjuk sikit ) :

 ( camner ok x ? )

Baiklah !

       Nak dijadikan cerita malam tu, ana jumpa dengan junior tu. Dia pun bagi list survey sapa yang nak beli majalah nie...

      Tengah ana dok baca nama-nama dalam list tu. Tiba-tiba...

      " Errr... Abang, Sabrina pun tempah jugak majalah ni. "
      " Sabrina mana pulak nie ? "
      " Sabrina non-muslim tu. "

       Ana memang terkejut yang teramat sangat bila dengar dia cakap macam tu. Ana pun tanya la junior tu. Rupa-rupanya budak non-muslim tu memang dah lama berminat dengan Islam. Subhanallah...

       Ana doakan sangat-sangat agar Allah berikan hidayah kepada non-muslim tu supaya dia memeluk Islam. Sama - samalah kita doakan utuk dia dan teruskan dakwah kita mentarbiah remaja-remaja zaman sekarang nie...

Wallahhualam.... 

       

Friday 10 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul

MALAM SEBELUM BERARAK... ( KENA BUAT BANNER PULAK DAH!!! )

 PELUKIS PON DAH PENING PALA.... 



SIAP ~ !

ESOKNYA.... 


        







ANTARA BANNER-BANNER TERBAIK ~ !




SYEIKH FAIZ JUGA TURUT TURUN PADANG DENGAN MENYAMPAIKAN CERAMAH....






( P/S : Dialog diatas hanyalah rekaan semata-mata )

Saturday 21 January 2012

Penting Sangatkah Ilmu Agama???

     Aku sedih apabila ada orang cakap ilmu agama tu tak penting sangat. Habis ilmu apa yang akan bantu kita bila di dunia dan di akhirat ???? Ilmu Sains? Ilmu Kimia? Ilmu Biologi?


    Kalaulah ada seorang lelaki datang jumpa kita. Lepas tu dia kata....




Kita yang tak tau apa-apa langsung.... Nak jawab apa dekat dia???



Tak tau nak buat apa???

Waktu tu baru kita akan cakap...

" Rugi aku tak belajar ilmu agama,kalau tak mesti aku dapat tolong dia... "

Wallahhua'lam....