Monday 26 December 2011

Hadiah Paling Bermakna Dan Bernilai ( ^__^ )

     Alhamdulillah~~!

     Ujian di dunia yang telah memeningkan kepala aku berjaya aku atasi!!! ujian apa???

     " UJIAN PMR "

      Keputusan pun gempak jugak... Hadiah pun mestilah dapat yang mantap...
   
      Tapi hadiah yang aku dapat taklah hebat macam kawan-kawan aku yang dapat hanset,handphone,telefon bimbit dan henfon~~

     
        Hah!!!!!

         Ni dia hadiah yang aku dapat daripada guru aku!!!

         " Bersyukurlah dengan apa yang kita dapat dan Ikhlaskanlah diri kita untuk menerimanya "
         
          Renung-renungkanlah dan selamat beramal~~

                            
 ^______________________^

Saturday 10 December 2011

Bakat Ke Arah Kebaikan

Bismillahhirahmanirahhim....


 
 

      " Gunalah bakat yang kau ada tu ke arah kebaikan." Bisik Sham kepada kawannya sambil menyerahkan beberapa helai kertas kepadanya.

      " Apa yang kau mengarut ni! Aku minta pendapat kau tentang komik yang aku nak masukkan dalam majalah sekolah ni. Macam mana? OK atau TAK OK? " Tanya Am dengan mukanya yang berkerut.

      Sham menggeleng-geleng kepalanya sambil berlalu pergi meninggalkan Am keseorangan. ' Aku harap kau akan faham apa yang aku katakan Am...'

      " Ish budak ni! Aku tanya dia elok-elok,boleh pula dia blah macam tu jerr! Haizzz... siapalah nak komen komik ' Pahlawan Cyber ' aku ni? "Am memandang ke lantai sambil berjalan ke arah surau.


                    ******************************************

      " Abang Am! Ini untuk abang! Majalah Jailul Jihad edisi pertama pada tahun hijrah ini! " Am terkejut mendengar jeritan dari arah belakangnya. Dia memusingkan badannya 180 darjah memandang pemilik suara tersebut. 

      " Ya Allah! Kau ni Talib,suka buat aku terkejut!" Talib menahan ketawanya sambil memandang Am yang berada di hadapannya.

      " Nah untuk abang." Senaskah majalah bertukar tangan dengan sekelip mata. Am membelek majalah tersebut dengan perlahan-lahan. 

      " Hah! Biar betul!" Am terkejut apabila melihat beberapa halaman yang berada di dalam majalah tersebut. Am kaget sambil membacanya dengan serius.

      Sebuah komik yang mempunyai 16 muka surat bertajuk '' Musafir Kasih ''.Lukisan komik tersebut benar-benar hebat jika dibandingkan dengan lukisannya,mungkin 10 kali lebih hebat! 

      " Owh,komik ''Musafir Kasih'' ni memang best! Lukisannya benar-benar mantap! Ini yang menyebabkan ramai orang tertarik dan berminat untuk membaca komik ini. Bahkan mesej-mesej islam yang disampaikan turut jelas." Talib tersenyum keriangan setelah puas menjelaskan kepada Am.

     " Siapa pelukis komik ni Talib!?" Am memandang Talib dengan wajah tidak puas hati.

     " Siapa lagi kalau bukan abang Sham." Am tergamam apabila mendengar nama Sham.
    
     ' Sham? Biar betul! ' gumam Am dalam hati.

     " Komik ni meneritakan tentang seorang penyanyi bernama Fikri yang mempunyai suara yang amat merdu. Pada suatu hari,dia tersentuh apabila mendengar suara azan yang dikumandang di sebuah masjid. Suara bilal yang merdu itu menyebabkan hatinya berasa tenang dan lapang. Dia segera menuju ke masjid tersebut untuk mencari bilal yang telah menyuarakan azan maghrib itu. Fikri bertemu dengan bilal tersebut dan berbual dengannya setelah mereka selesai solat maghrib secara berjemaah.    

     " Gunakanlah bakat yang kau ada ke arah kebaikan." Fikri terkejut apabila bilal tersebut mengucapkan ayat tersebut sambil tersenyum ke arahnya.

     ' Rupa-rupanya aku telah mensia-siakan anugerah dan nikmat yang telah Allah berikan kepada aku ' muhasabah hati Fikri. Dia menangis tersedu-sedu apabila mengetahui bahawa dia telah mengkufuri nikmat tuhan.

       Akhirnya,Fikri berusaha untuk berubah dan telah menyertai sebuah kumpulan nasyid yang terkenal, ' Shoutul Hafizin '. Fikri telahpun berjaya menjadi seorang musafir yang beriman dan bersyukur kepada Allah S.W.T."

      " Beginilah ceritanya... Hebatkan ' Musafir Kasih ' ni? " Soal Talib kepada Am. Am diam seribu bahasa seperti memikirkan sesuatu. Otaknya ligat berputar mencari jawapan yang satu.

      ' Ya! Aku akan jadi seperti Fikri! Menjadi Musafir Kasih! Terima Kasih Sham! ' Muhasabah hati Am dengan gegaran tahmid di dalam ruang hatinya....   

      

   

Wednesday 30 November 2011

Promoting Novel Islamik~~




50 peratus daripadanya komik adalah kisah benar~~
Dan novel diatas...
Sebagai contoh jerr pun...
Novel Sebarkan Cintamu Karya Fatimah Syarha...
Aku tak jumpa-jumpa lagi novel ni sampai lanih...
( Hari tu jumpa dah tapi aku ada masalah sikit )
Sapa-sapa yang terjumpa tu,aku cadangkan korang belilah..
Serius TAK RUGI!!!

Monday 21 November 2011

Kawan Oh Kawan!


Kawan Oh Kawan...
3 jenis kawan yang paling aku benci! ( rasanya ada lagi )

1 - taknak tolong kawan dalam kesusahan
2 - bukannya nak bagi semangat bila jatuh
3 - selalu ajak melakukan benda-benda yang tak patut...

Aku harap la ( doakan ) kawan-kawan aku takder perangai macam tu... ( amin )

Saturday 5 November 2011

Menjelang Pagi Raya Korban

Bismillahirrahmanirrahim...


 
Waktu kita nak sembelih binatang-binatang tu,apa kita nak buat? Ada... Inilah apa yang kita kena buat :

1 - Bagi binatang ternakan minum dulu.
2 - Baringkannya ditempatnya yang rata.
3 - Pastikan pisau yang digunakan untuk menyembelih tajam
4 - Jangan heret binatang dengan kasar tatkala nak bawa ke tempat
      penyembelihan.
5 - Jangan sembelih binatang di hadapan binatang yang lain.
6 - Tidak tergesa-gesa sebelum benar-benar mati.

P/S : Tambat lembu tu elok-elok,jangan buka ikatannya~~

Friday 28 October 2011

Mengharap

Bismillahhirahmanirrahim...
Semoga anda dapat mengambil iktibar daripada cerita ini...


Satu hari penuh tenang dan nyaman menambahkan lagi perasaan aku yang sedang riang. Aku memegang poket seluar untuk melihat wang simpanan yang telah aku isikan di dalam dompet untuk aku membeli beberapa buah buku di POPULAR.

   ' Ya Allah! Mana perginya dompet aku nih! Takkanlah aku tertinggal di rumah,macam mana aku boleh terlupa dompet aku nih. Sekarang apa pun tak boleh beli! ' cemuh aku dalam fikiran yang sedang keresahan.

   " Ya Ahmad! Aku tertinggal dompet aku la,boleh tak kau 'sua' sikit duit kat aku,nanti aku bayar balik. " pinta aku kepada sahabat aku iaitu Ahmad. Ketika itu,aku bersama 3 orang sahabatku sedang menuju ke sebuah perpustakaan untuk menimba ilmu. 3 daripada mereka ialah Ahmad,Latib dan Sham.

   " Hang nak berapa? 100? 300? aku no problem,tapi tangan aku yang problem nak bagi! " gelaknya perlahan melihat aku yang sedang kegelisahan.

   " 30 je... aku nak beli buku,balik nanti aku bayar la! " aku melihat Ahmad mengangguk tanda setuju meminjamkan aku RM30.

************

Azan Zohor kedengaran jelas di telingaku,masjid pula berada di hadapan ku. Destinasi yang kami tuju selepas  melapangkan minda kami dengan membaca bahan-bahan ilmiah.Aku berlari ke arah Ahmad untuk menuntut janjinya sebelum kami memasuki perpustakaan.

   " Ahmad! Boleh aku pinjam duit tu sekarang? " bisik aku ke telinga Ahmad supaya Latib dan Sham tidak mendengari permintaan aku. Malu.  

   " Amboi cek abang oi~~ hang ingat aku pak hang ka nak kena bagi duit kat hang? "kedengaran seperti Ahmad membuat lawak,tetapi ucapannya menyebabkan hati aku terguris. Kenapa? Sedangkan aku tahu bahawa Ahmad sedang membuat lawak.

   Aku hanya senyap memasuki masjid lalu berjalan menuju ke tempat mengambil wudhuk. Hati aku benar-benar terguris dengan ayat yang diucapkan oleh Ahmad.

   ' Ya Allah.kalau asyik ingat benda ni je,hilang khusyuk aku nih! ' selesai mesucikan diri dengan wudhuk,aku segera memasuki jemaah yang sedang solat zohor.

***********

   ' Mengapa mengharapkan pertolongan daripada manusia yang lemah lagi hina! Sedangkan Allah Maha Berkuasa dan dia juga yang memberikan nikmat serta rezeki kepada engkau! bukannya manusia ! ' 

   Aku tersentak,aku seperti terdengar suara yang sedang membisik di telingaku ketika aku sedang sujud.

************

   ' Ya Allah,barulah aku sedar... Sepatutnya aku mengharapkan pertolongan daripada ilahi bukannya mengharapkan seorang insan yang lemah bernama manusia. Aku sedar yang aku telah melakukan kesilapan. Suara tersebut telah mengingati aku dan menasihati aku.' muhasabah buat diri aku sesudah menunaikan solat zuhur secara jemaah.

   ' Ya Allah,kau ampunilah dosa hambumu yang sering lalai ini... Sesungguhnya Ya Allah,aku ini hamba yang lemah lagi hina... Ya Allah,kau permudahkanlah urusan aku di dunia dan di akhirat kelak... Kau limpahkan kepada aku dengan rahmat dan berkat darimu... Kau bantulah hambamu yang dalam kesusahan ini Ya Allah... Amin. ' air mataku mula bertakung tatkala memohon keampunan dan meminta pertolongan daripadanya.

   " Hei.. " Suara yang lembut kedengaran dari belakang aku. Aku terasa bagaikan orang sedang memegang bahu aku sekuat-kuatnya...

   " Nah,guna la dulu... Aku rasa kau lebih memerlukannya. " Ujar Sham sambil tersenyum melihat aku. 3 keping not sepuluh ringgit disuakan kepada aku.

   Air mataku yang sedang mengalir tidak dapat aku tahankan lagi... sedih mulai berbisik di hati aku... ucapan subahanallah dan alhamdulillah mulai bergema di ruang hati aku ini....

   ' Ya Allah,kau bantulah hambamu yang dalam kesusahan ini Ya Allah... ' doa aku dimakbulkan dengan segera. Sekarang,aku mendapat pertolongan daripada Allah yang Maha Pemurah bukannya daripada manusia...

Monday 24 October 2011

Kriteria Orang-Orang Yg Berpotensi Mendakwah

Bismillahhirrahmanirrahim...



4 kriteria di atas sesuai disemai dalam diri pendakwah dan kalau kita lihat kriteria-kriteria di atas terdapat dalam diri seseorang,dia mungkin berpotensi untuk mendakwah.


1.AMILIN : Sifat seseorang yang suka beramal dengan setiap
                      perkara dan ibadah yang dilakukan.


2.MUJAHID : Bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan
                         seperti tugasan atau assignment yang diberikan.


3.MUNTIJ : Produktif,pandai dan bijak menarik orang lain 
                      melakukan pekara yang disuruh.


4.MUFFAKKIR : Kreatif dalam menyelesaikan semua hal dan masalah
                               yang dihadapi. 
             
           

Friday 21 October 2011

Friday 23 September 2011

Answer For Couple

Nasihat saya,hadiahkan komik ini kepada kawan-kawan anda yang ber'couple'... Moga-moga dia menyedari kesilapan yang dia lakukan...



Bijak Dalam Dakwah


Bismillahhirahmanirrahim....
Dalam post saya yg pertama,ingin saya menceritakan serba sedikit tentang berdakwah.Berdakwah memerlukan stratergi yang strategik seperti yg dilakukan oleh baginda Rasulullah S.A.W...Beliau berdakwah kpd umat nya melalui 2 peringkat:


1 - Secara bersembunyi ( berdakwah kpd ahli keluarganya yg terdekat )
2- Secara terang-terangan ( berdakwah dgn terang-terangan kpd kafir quraisy )


Zaman yang sekarang ini ditenggelami dgn kecanggihan teknologi dapat dimanupilasikan untuk berdakwah dalam plbg cara dan bentuk yg kreatif lagi inovatif.Contohnya...:


1- Internet


2- Komik


3- Novel




4- Filem


5- Nasyid




 Ayat al-quran :
"Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu adalah Yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (an-Nahl : 125).


Hadis Rasulullah :
1."Maka hendaklah yang hadir di sini menyampaikan kepada yang tidak hadir di sini, karana sebahagian orang yang disampaikan padanya ilmu ini lebih faham daripada yang mendengar langsung." (HR. Bukhari dalam Shahihnya)
2."Sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat." (HR. Bukhari dalam Kitab Shahihnya)


(p/s:hadis yang cukup famous)


Melalui ayat quran diatas,wajib bagi semua umat Islam untuk berdakwah iaitu mengajak umat islam melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran dengan berhikmah.Hadis yg kedua pula menceritakan bertapa pentingnya ilmu untuk disampaikan walaupun satu ayat.


Tersilap kata,tersilap tulis mohon maaf... Jika terdapat kesalahan minta diperbetulkan... Sekian,wasslam...