Friday 28 October 2011

Mengharap

Bismillahhirahmanirrahim...
Semoga anda dapat mengambil iktibar daripada cerita ini...


Satu hari penuh tenang dan nyaman menambahkan lagi perasaan aku yang sedang riang. Aku memegang poket seluar untuk melihat wang simpanan yang telah aku isikan di dalam dompet untuk aku membeli beberapa buah buku di POPULAR.

   ' Ya Allah! Mana perginya dompet aku nih! Takkanlah aku tertinggal di rumah,macam mana aku boleh terlupa dompet aku nih. Sekarang apa pun tak boleh beli! ' cemuh aku dalam fikiran yang sedang keresahan.

   " Ya Ahmad! Aku tertinggal dompet aku la,boleh tak kau 'sua' sikit duit kat aku,nanti aku bayar balik. " pinta aku kepada sahabat aku iaitu Ahmad. Ketika itu,aku bersama 3 orang sahabatku sedang menuju ke sebuah perpustakaan untuk menimba ilmu. 3 daripada mereka ialah Ahmad,Latib dan Sham.

   " Hang nak berapa? 100? 300? aku no problem,tapi tangan aku yang problem nak bagi! " gelaknya perlahan melihat aku yang sedang kegelisahan.

   " 30 je... aku nak beli buku,balik nanti aku bayar la! " aku melihat Ahmad mengangguk tanda setuju meminjamkan aku RM30.

************

Azan Zohor kedengaran jelas di telingaku,masjid pula berada di hadapan ku. Destinasi yang kami tuju selepas  melapangkan minda kami dengan membaca bahan-bahan ilmiah.Aku berlari ke arah Ahmad untuk menuntut janjinya sebelum kami memasuki perpustakaan.

   " Ahmad! Boleh aku pinjam duit tu sekarang? " bisik aku ke telinga Ahmad supaya Latib dan Sham tidak mendengari permintaan aku. Malu.  

   " Amboi cek abang oi~~ hang ingat aku pak hang ka nak kena bagi duit kat hang? "kedengaran seperti Ahmad membuat lawak,tetapi ucapannya menyebabkan hati aku terguris. Kenapa? Sedangkan aku tahu bahawa Ahmad sedang membuat lawak.

   Aku hanya senyap memasuki masjid lalu berjalan menuju ke tempat mengambil wudhuk. Hati aku benar-benar terguris dengan ayat yang diucapkan oleh Ahmad.

   ' Ya Allah.kalau asyik ingat benda ni je,hilang khusyuk aku nih! ' selesai mesucikan diri dengan wudhuk,aku segera memasuki jemaah yang sedang solat zohor.

***********

   ' Mengapa mengharapkan pertolongan daripada manusia yang lemah lagi hina! Sedangkan Allah Maha Berkuasa dan dia juga yang memberikan nikmat serta rezeki kepada engkau! bukannya manusia ! ' 

   Aku tersentak,aku seperti terdengar suara yang sedang membisik di telingaku ketika aku sedang sujud.

************

   ' Ya Allah,barulah aku sedar... Sepatutnya aku mengharapkan pertolongan daripada ilahi bukannya mengharapkan seorang insan yang lemah bernama manusia. Aku sedar yang aku telah melakukan kesilapan. Suara tersebut telah mengingati aku dan menasihati aku.' muhasabah buat diri aku sesudah menunaikan solat zuhur secara jemaah.

   ' Ya Allah,kau ampunilah dosa hambumu yang sering lalai ini... Sesungguhnya Ya Allah,aku ini hamba yang lemah lagi hina... Ya Allah,kau permudahkanlah urusan aku di dunia dan di akhirat kelak... Kau limpahkan kepada aku dengan rahmat dan berkat darimu... Kau bantulah hambamu yang dalam kesusahan ini Ya Allah... Amin. ' air mataku mula bertakung tatkala memohon keampunan dan meminta pertolongan daripadanya.

   " Hei.. " Suara yang lembut kedengaran dari belakang aku. Aku terasa bagaikan orang sedang memegang bahu aku sekuat-kuatnya...

   " Nah,guna la dulu... Aku rasa kau lebih memerlukannya. " Ujar Sham sambil tersenyum melihat aku. 3 keping not sepuluh ringgit disuakan kepada aku.

   Air mataku yang sedang mengalir tidak dapat aku tahankan lagi... sedih mulai berbisik di hati aku... ucapan subahanallah dan alhamdulillah mulai bergema di ruang hati aku ini....

   ' Ya Allah,kau bantulah hambamu yang dalam kesusahan ini Ya Allah... ' doa aku dimakbulkan dengan segera. Sekarang,aku mendapat pertolongan daripada Allah yang Maha Pemurah bukannya daripada manusia...

1 comment:

  1. betul tu, jgn meminta pada manusia...mintalah kepada Allah yang maha agung lagi maha pemurah...

    ReplyDelete