Monday 26 December 2011

Hadiah Paling Bermakna Dan Bernilai ( ^__^ )

     Alhamdulillah~~!

     Ujian di dunia yang telah memeningkan kepala aku berjaya aku atasi!!! ujian apa???

     " UJIAN PMR "

      Keputusan pun gempak jugak... Hadiah pun mestilah dapat yang mantap...
   
      Tapi hadiah yang aku dapat taklah hebat macam kawan-kawan aku yang dapat hanset,handphone,telefon bimbit dan henfon~~

     
        Hah!!!!!

         Ni dia hadiah yang aku dapat daripada guru aku!!!

         " Bersyukurlah dengan apa yang kita dapat dan Ikhlaskanlah diri kita untuk menerimanya "
         
          Renung-renungkanlah dan selamat beramal~~

                            
 ^______________________^

Saturday 10 December 2011

Bakat Ke Arah Kebaikan

Bismillahhirahmanirahhim....


 
 

      " Gunalah bakat yang kau ada tu ke arah kebaikan." Bisik Sham kepada kawannya sambil menyerahkan beberapa helai kertas kepadanya.

      " Apa yang kau mengarut ni! Aku minta pendapat kau tentang komik yang aku nak masukkan dalam majalah sekolah ni. Macam mana? OK atau TAK OK? " Tanya Am dengan mukanya yang berkerut.

      Sham menggeleng-geleng kepalanya sambil berlalu pergi meninggalkan Am keseorangan. ' Aku harap kau akan faham apa yang aku katakan Am...'

      " Ish budak ni! Aku tanya dia elok-elok,boleh pula dia blah macam tu jerr! Haizzz... siapalah nak komen komik ' Pahlawan Cyber ' aku ni? "Am memandang ke lantai sambil berjalan ke arah surau.


                    ******************************************

      " Abang Am! Ini untuk abang! Majalah Jailul Jihad edisi pertama pada tahun hijrah ini! " Am terkejut mendengar jeritan dari arah belakangnya. Dia memusingkan badannya 180 darjah memandang pemilik suara tersebut. 

      " Ya Allah! Kau ni Talib,suka buat aku terkejut!" Talib menahan ketawanya sambil memandang Am yang berada di hadapannya.

      " Nah untuk abang." Senaskah majalah bertukar tangan dengan sekelip mata. Am membelek majalah tersebut dengan perlahan-lahan. 

      " Hah! Biar betul!" Am terkejut apabila melihat beberapa halaman yang berada di dalam majalah tersebut. Am kaget sambil membacanya dengan serius.

      Sebuah komik yang mempunyai 16 muka surat bertajuk '' Musafir Kasih ''.Lukisan komik tersebut benar-benar hebat jika dibandingkan dengan lukisannya,mungkin 10 kali lebih hebat! 

      " Owh,komik ''Musafir Kasih'' ni memang best! Lukisannya benar-benar mantap! Ini yang menyebabkan ramai orang tertarik dan berminat untuk membaca komik ini. Bahkan mesej-mesej islam yang disampaikan turut jelas." Talib tersenyum keriangan setelah puas menjelaskan kepada Am.

     " Siapa pelukis komik ni Talib!?" Am memandang Talib dengan wajah tidak puas hati.

     " Siapa lagi kalau bukan abang Sham." Am tergamam apabila mendengar nama Sham.
    
     ' Sham? Biar betul! ' gumam Am dalam hati.

     " Komik ni meneritakan tentang seorang penyanyi bernama Fikri yang mempunyai suara yang amat merdu. Pada suatu hari,dia tersentuh apabila mendengar suara azan yang dikumandang di sebuah masjid. Suara bilal yang merdu itu menyebabkan hatinya berasa tenang dan lapang. Dia segera menuju ke masjid tersebut untuk mencari bilal yang telah menyuarakan azan maghrib itu. Fikri bertemu dengan bilal tersebut dan berbual dengannya setelah mereka selesai solat maghrib secara berjemaah.    

     " Gunakanlah bakat yang kau ada ke arah kebaikan." Fikri terkejut apabila bilal tersebut mengucapkan ayat tersebut sambil tersenyum ke arahnya.

     ' Rupa-rupanya aku telah mensia-siakan anugerah dan nikmat yang telah Allah berikan kepada aku ' muhasabah hati Fikri. Dia menangis tersedu-sedu apabila mengetahui bahawa dia telah mengkufuri nikmat tuhan.

       Akhirnya,Fikri berusaha untuk berubah dan telah menyertai sebuah kumpulan nasyid yang terkenal, ' Shoutul Hafizin '. Fikri telahpun berjaya menjadi seorang musafir yang beriman dan bersyukur kepada Allah S.W.T."

      " Beginilah ceritanya... Hebatkan ' Musafir Kasih ' ni? " Soal Talib kepada Am. Am diam seribu bahasa seperti memikirkan sesuatu. Otaknya ligat berputar mencari jawapan yang satu.

      ' Ya! Aku akan jadi seperti Fikri! Menjadi Musafir Kasih! Terima Kasih Sham! ' Muhasabah hati Am dengan gegaran tahmid di dalam ruang hatinya....